Mungkin ramai lg yg boleh membuat pengakuan tentang pengalaman mereka di sekolah dan universiti yg bersifat peperiksaan. Kongsikan pengalaman ini. Apakah cadangan anda bagi membaiki semuanya itu. Apakah kita perlu menunggu kohort kssr terlaksana bagi 16 tahun lg?
i was one of those exam oriented schools product. i still remember learning History in Form 4-5 where my teachers asked me to memorize all the important historical events, names and places which did not make sense to me because she read out from the textbook and assumed us to absorb everything. it was a dull class, as we just sat and listened to her. and when exam was around the corner, my teacher will give out spotted questions (of course if she has been teaching for years the same subject, she could predict which questions will come out in exam. so we just need to prepare the answers, memorized them so badly and finger crossed those questions will come out..that's how i managed to get all As for History subject in all test + examinations. "route learning"~ that is the term ^_^... but luck wasn't always on my side for our SPM History paper back in 2003. the spotted questions leaked out and we had the third batch of backup questions which of course were harder and covered topics we didn't learn in class (bcz my teacher "assumed" that topic won't come out--- so she didn't bother to teach us)
ReplyDeleteso exam oriented is a waste of students' precious learning time. i memorized everything yet i can't recall anything if u were to ask me now.
there should be a stricter brainwash and implementation of the new KSSR syllabus so that future children won't have to face the same thing like we did in the past. (even right now, UPSR students are still experiencing it)..while KSSR is a good news, its implementation however is a disaster for teachers, just like LINUS and NUMERASI things and finishing up the syllabus is another thing in dilemma. too much burden weaken the spirits of teachers and educators.
salam Dr.
ReplyDeletesy adalah antara pelajar yang mengalami pengalaman sedemikian dan hasilnya, pendidikan peringkat sekoah rendah dan menengah saya lebih berorentasikan untuk lulus peperiksaan semata-mata. kadang kala peperiksaan 'merisaukan' dan 'membebankan pemikiran' kerana setiap perubahan dalam keputusan peperiksaan yg saya duduki turut mempengaruhi pandangan keluarga terhadap kemampuan saya. tetapi selepas mula belajar di peringkat pengajian tinggi ramai antara pensyarah yang sering memperingatkan bahawa proses pembelajaran adalah untuk 'memperolehi ilmu pengetahuan'. maka, adalah lebih baik sekiranya pelajar di peringkat sekolah di Malaysia dapat menikmati pembelajaran secara aktif untuk memperolehi ilmu yang sentiasa dapat diingati dan diamalkan. Seain itu,perkembangan pelajar wajar dinilai dari semasa ke semasa dan bukan sekadar dalam satu masa.
Salam,
ReplyDeleteYes, I was one of them too.. I could still remember the feeling of being compared to friends or cousins when results came out.. For me, it drives motivation and challenges. But for others who were not so successful, it may sometimes be so demotivating. There are pros and cons but let us see on the implementation and its long-term results.
Being parents, we are always concern with our child's academic status rather than their progress. How are they better or worst than others. That is the feeling that was brought or groomed in each of us (parents) who were taught in this system.
I must say, we need to start getting rid of this feeling and be aware that every child is unique in their own ways. Academic per say doesn't reflect the true potential in them as what is being practiced in KBSM. I couldn't agree more with ayna about her experience of studying for the sake of exams.
What good will that bring us? 'A's on the certificate? But for how long? Can we still implement that later in real life..? That is a big question mark. This is the results of all our 'A"s on English results but only on paper or worst not even practiced in real life situation.
I would say that learning is about life because it is part of it anyway. Therefore, I say that classroom learning has to be something practical, useful, joyful and most importantly meaningful.
I don't say it had totally failed but again changes such as KSSR and KSSM is a good start. I would suggest that the practice in education system is to be coherent starting from young age (play school or kindergarten) to the pre-university and graduates programmes itself.
We have to change our treatment on the teaching profession as professionals not only for professors and drs but as well as kindergarten teachers.
Even the skill for inquisitive learning has to be nurtured from the very beginning of a child's informal education especially in kindergarten.
If in our lives there many expectations, let that be the goals that we set for our children beginning from young age.
As for me, I believe I learned best from everyday practice and hands-on and I learned all that more from my surroundings rather than from formal education (school.
salam DR. ,
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan bahawa peperiksaan memberi tekanan kepada semua yang bergelar pelajar. Tetapi sekiranya tiada peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru dalam sesi P&P?. Oleh yang demikian, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang diperkenalkan melalui KSSR adalah suatu usaha yang positif untuk mengantikan pendidikan yang berorientasikan kepada peperiksaan sepenuhnya. Setiap individu adalah unik dan berlainan. Jadi sepatutnya pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkannya dengan individu lain. Kecemerlangan diri pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata.
Salam DR,
ReplyDeleteExam oriented memang dapat melahirkan pelajar yang 'ulat buku'.Walau bagaimanapun, belum menjanjikan individu yang berjaya dalam dunia pekerjaan. Contohnya dalam bidang kejuruteraan. Kejayaan dalam dunia pekerjaan yang lebih mencabar lebih banyak diperolehi melalui pengalaman dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Ilmu yang dipelajari di universiti hanya 10% sahaja yang dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar pekerjaan. Selebihnya praktikal dalam menangani masalah yang berlaku. Dalam dunia pekerjaan, EQ lebih penting dari IQ semata-mata. Sebab itulah dalam sektor swasta, pengalaman kerja atau praktikal adalah dititikberatkan. Oleh yang demikian, bermula dari sekolah dan universiti, aspek praktikal haruslah seimbang dengan teori dan bukan melihat kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata.
Salam Dr,
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi pengalaman semasa mengikuti zaman persekolahan KBSM. Penilaian dan pentaksiran adalah berifat sumatif dimana pada setiap akhir penggal persekolahan pelajar akan dinilai berdasarkan peperiksaan. Guru-guru akan cuba menghabiskan silibus mata pelajaran yang seharusnya diajar kepada pelajar. Namun begitu, terdapat kekangan yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menghabiskan silibus mata pelajaran. Oleh itu, pelajar terpaksa belajar sendiri dan membuat soalan latih tubi yang diberikan oleh guru. Komunikasi hanya satu hala sahaja. Oleh sebab mengejar masa guru hanya mengajar acuh tidak acuh sahaja dan lebih memberi tumpuan kepada soalan latih tubi. Penilaian dan pentaksiran lebih tertumpu kepada tahap IQ pelajar mana kala sahsiah pelajar terabai.
Penilaian dan pentaksiran KSSR adalah berasaskan sekolah berbanding dengan KBSM yang membuat penilaian dan pentaksiran berpusat.Pada pendapat saya penilaian dan taksiran KBSM lebih efektif kerana mempunyai penanda aras yang tersendiri yang terkawal dan diiktiraf. Namun begitu KSSR menyediakan peluang kepada pelajar yang mempunyai keinginan untuk belajar. Setiap pelajar berpeluang untuk berjaya jika diberi peluang. KSSR akan berjaya jika dilaksanakan dengan betul terutama guru-guru perlu mengamalkan sikap yang murni serta mengekalkan profesionalisma.
Peperiksaan merupakan satu jenis pengujian yang digunakan untuk meentukan tahap keupayaan dan kebolehan pelajar untuk memahami konsep pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan dalam kelas. Melalui peperiksaan, guru dapat mengesan kelemahan pelajar lebih awal dan merancang pengajaran yang bersesuaian untuk memperbaiki kelemahan pelajar supaya menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Peperiksaan juga dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk menimba pengetahuan dan belajar bersungguh-sungguh. Persaingan yang sihat antara pelajar dapat merangsang pelajar ke arah kemajuan. Pada pendapat saya, itulah objektif asal peperiksaan diadakan.
ReplyDeleteNamun, objektif peperiksaan pada zaman kini telah terpesong dengan objektif asalnya. Keinginan guru untuk menghasilkan pelajar A, pusat tuisyen yang inginkan keuntungan, ibu bapa yang inginkan kenamaan, ataupun masyarakat yang bersifat materialistik telah menimbulkan isu seperti SISTEM PENDIDIKAN YANG BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN. Guru-guru yang mengajar bukan lagi untuk mendidik, tetapi untuk menghasilkan pelajar yang boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, maka pelajar kita juga tidak lagi belajar untuk menimba ilmu, tetapi belajar untuk memenuhi kepuasan diri dari segi material, misalnya untuk pekerjaan yang baik atau kekayaan.
Bagi saya, peperiksaan itu bukan masalah/ faktor utama, sikap manusia yang sebenarnya mengakibatkan isu pendidikan berorientasikan peperiksaan. Daripada menghapuskan peperiksaan, adalah lebih baik kita meneliti masalah sifat manusia yang bersikap realistik, tanpa mementingkan keperluan jiwa. Fikirkanlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita, pembentukan JERI dalam setiap individu pelajar. Pengenalan KSSR dan PBS di sekolah memang ada kebaikannya, terutama dari segi pembangunan modal insan. Tetapi pada pandangan saya, fungsi dan objektf asal peperiksaan harus juga diingatkan.
Saya bersetuju dengan pandangan di atas. peperiksaan penting supaya pelajar lebih berdisiplin dan tahu tanggungjawab diri sebagai seorang pelajar. Pengalaman sebagai ibu, saya mempunyai 3 orang anak yang telah berjaya menduduki peperiksaan UPSR. Anak saya yang mendapat result paling rendah diantara ketiga-tiganya adalah yang paling kreatif. Pengalaman sebagai seorang guru, didapati pelajar yang sentiasa mendapat markah antara yang paling tinggi adalah pelajar yang rajin dan sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberi guru dan senang untuk dilentur. (pendek kata lebih berdisiplin).
DeleteAssalamualaikum, DR.
ReplyDeleteSaya juga merupakan pelajar tahun kedua dalam pelaksanaan KBSM. Pada saya peperiksaan itu memang perlu untuk menguji keupayaan minda dan IQ pelajar supaya dapat bersaing sesama sendiri. Selain itu, peperiksaan juga boleh memberi kematangan kepada pelajar-pelajar dari segi pengurusan masa, penguasaan kandungan subjek dan membentuk sifat-sifat seperti rajin, tekun dan bijak dalam pengurusan masa. Pada saya pengenalan KBSM (dari segi isi kandungan subjek) pada masa itu (tahun 1983-sekolah rendah dan 1989-sekolah menengah) adalah yang terbaik pada masa itu kerana mampu melahirkan banyak golongan profesional contohnya akauntan (pengenalan subjek Prinsip Akaun di peringkat SPM).
Tetapi, setakat peperiksaan sahaja tidak mencukupi kerana pelajar tidak diuji secara keseluruhan aspek iaitu kemahiran berkomunikasi, keupayaan menguruskan sesuatu program/kerja dan kemahiran menguasai ICT. Oleh itu, untuk menguasai kemahiran-kemahiran itu, pelajar-pelajar mesti terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. Jika pelajar-pelajar tidak terlibat dalam aktiviti ko-ko dan hanya menjadi ulat buku sahaja, masalah pelajar cemerlang "ulat buku" akan timbul, di mana pelajar ini biasanya tidak mempunyai kemahiran komunikasi dan tidak pandai untuk melaksanakan apa-apa tugasan yang diberi.
Malangnya, setelah masa berlalu, KBSM menjadi tidak relevan lagi kerana banyak masalah yang timbul contoh graduan menganggur, pelajar cemerlang tidak boleh berkomunikasi dengan baik, graduan tidak boleh buat kerja dan lain-lain lagi. Tetapi sistem KBSM itu secara keseluruhannya bukanlah tidak bagus. Memandangkan kemahiran-kemahiran ini seharusnya dikuasai oleh pelajar itu sendiri - di mana mereka sendiri harus merebut peluang untuk bersaing.
Maka, sistem pendidikan dicadangkan untuk diubah secara keseluruhan dengan pengenalan KSSR/KSSM. Pada pendapat saya, perubahan yang dilakukan tidak perlu terlampau drastik dengan menghapuskan sistem peperiksaan (KBSM) tetapi lebih kepada mod campuran iaitu ada peperiksaan akhir dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kesannya (pengalaman saya - perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS-komponen KSSR)-pelajar menjadi tidak serius kerana guru sendiri yang menilai mereka). Selain itu, kesukaran untuk menilai murid/pelajar kerana murid satu kelas terlalu ramai bilangannya. Pengenalan KSSR adalah yang terbaik buat masa ini tetapi sistem peperiksaan perlu juga diteruskan supaya penilaian boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pihak kementerian juga perlu mengurangkan bebanan tugasan guru supaya sistem KSSR ini boleh menjadi lebih berjaya...
Assalamualikum Dr. Jamal,
ReplyDeleteBagi pendapat saya pula, peperiksaan itu amat penting kerana dapat menilai potensi pelajar melalui usaha dan inisiatif mereka sendiri untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi mengukur potensi pelajar melalui peperiksaan sahaja bukanlah satu penilaian yang menyeluruh dan perlu ada pengukuran sampingan yang lain.
Selain daripada peperiksaan, pengukuran juga boleh di buat melalui kerja kursus, kerja projek, penilaian berasaskan sekolah dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Kesemua ini perlu digabungjalinkan agar kita boleh melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis.
Disamping itu juga, penerapan nilai-nilai murni, pembentukan sahsiah pelajar dan aktiviti kokurikulum juga dapat membantu membentuk pelajar yang boleh berdaya saing dan berkemahiran tinggi suatu hari nanti.
Wassalam.
asmlkm......
ReplyDeletesaya tidak mempunyai pengalaman yang mendalam tentang bagaimana sistem pelaksanaan kssr ataupun yang lainnya tapi yang saya rasakan sebagai negara yang bertetangga dengan malaysia, sistem peperiksaan terlalu yang berpatokan pada kelulusan anak murid, saya merasakan sendiri ketika di malaysia bagaimana sistem pepriksaaan lebih menentukan kepada nilai pelajar. belum tentu kemampuan pelajar seperti itu, mungkin d saat peperiksaan dia tidak belajar ataupun sakit sedangkan didalam kelas pelajar itu termasuk pelajar yang aktif dan cemerlang.....alangkah baiknya bila setiap pencapaian pelajar diukur dari segi afektif, psikomotor dan juga kognitifnya......itu menurut pandangan saya.....
wassalam
Assalamualaikum dr,
ReplyDeleteYes, I was one of the products of exam-oriented approach to education. I might have made my parents proud of my achievement back in those days of schooling and my tertiary education but I doubt that I can still remember clearly what I have learned as I was studying only for the sake of examination. I don't think that I've learned things meaningfully that the lessons really stick in my mind. So as someone who has undergone such an experience I think it is really time for our education system to change and progress. The KSSR and KSSM seem to be a good move but the implementation need to be done carefully and well-planned.It shouldn't be too abrupt as it can be considered as a major change in the education system Otherwise it will end up like PPSMI. There are a lot more than examination to be used as an indicator that a student has mastered or understand certain topic. I personally think that meaningful learning experience such as collaborative project makes the students learn even more than just studying for examination.